Bengkel Pemasaran Tik Tok- Insiatif UiTM mengekspansi potensi Usahawan Mikro

Negeri Sembilan, 27 Oktober 2024 – Bertempat di Pejabat Daerah kecil dan Tanah Gemas seramai 20 Usahawan Mikro telah berjaya mengikuti Bengkel Pemasaran Tik Tok yang anjurkan oleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau dengan kerjasama Yayasan undang Johol, Pejabat Daerah kecil dan Tanah Gemas dan PERKESO Negeri Sembilan.

Bengkel Tik Tok ini fokus kepada bagaimana usahawan mikro boleh mengoptimumkan penggunaan Tik Tok untuk memperkasakan perniagaan mereka. Para Usahawan telah dibimbing oleh seramai 12 orang pensyarah FPP yang bertindak sebagai perunding Usahawan bermula daripada Bengkel Modul 1 iaitu Fahami Model Kanvas Perniagaan iaitu BMC pada 12 september, Bengkel Modul 2 pada 24 september 2024 iaitu Pengurusan Kewangan Perniagaan, Bengkel Modul 3 pada 2 oktober 2024 iaitu Pensijilan Halal dan Geran dan Pembiayaan serta Bengkel Modul 4 pada 27 Oktober 2024 iaitu Pemasaran Tik Tok.

Bengkel ini selaras dengan aspirasi Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Haji Abdullah, untuk memajukan ekonomi daerah serta mendukung aspirasi UiTM yang komited dalam menyumbang sumber tenaga dan kepakaran kepada komuniti setempat didalam memastikan kepentingan kewujudan UiTM sebagai Universiti keramat dimata masyarakat.

Dengan Program sebegini diharap ianya akan membina hubungan erat antara UiTM dan komuniti, selain meningkatkan nama baik UiTM di peringkat tempatan dan antarabangsa melalui aspirasi “Globally Respected, Locally Rooted” serta menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 1); tiada kemiskinan dan (SDG 8); Pekerjaan yang sesuai dan Pembangunan ekonomi.  Akhir sekali, program ini diharap menjadi pemangkin kepada kejayaan usahawan mikro dalam memperkasa ekonomi di daerah luar bandar khususnya di Daerah jajahan takluk Undang Luak Johol.

Penulis: Masrul Hayati Kamarulzaman, Dr. asiah Ali, Nurain Farahana Zainal Abidin