International Student Leader’s Conference: Navigating Effective Student Leadership In A VUCA Environment

PUNCAK ALAM, 30 OKTOBER 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Badan Eksekutif Mahasiswa, Universitas Negeri Malang telah menganjurkan International Student Leaders Conference (ISLC) 2024 yang berlangsung dengan jayanya selama dua hari, bermula pada 30 Oktober dan berakhir pada 31 Oktober 2024.

Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2023/2024 bertujuan menyambut baik salah satu Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu kemenjadian pelajar dan mahasiswa bagi melahirkan pelajar dan mahasiswa bitara. Program ini juga selari dengan objektif strategik HEP UiTM dalam membantu UiTM melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBRs. Professor Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor. Program ini juga dihadiri oleh para pensyarah luar dan dalam negara. Kehadiran para pemimpin dan pelbagai pihak mencerminkan sokongan padu terhadap usaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM dalam merealisasikan program berimpak tinggi yang berupaya meningkatkan nilai tambah diri mahasiswa. Konferens ini mengumpulkan peserta antarabangsa seramai 1249 orang pemimpin mahasiswa yang hadir dari institusi ternama seperti Universitas Negeri Jakarta (Indonesia), Universitas Negeri Malang (Indonesia), Nanyang Technological University (Singapura), Burapha University (Thailand), University of Technology Brunei (Brunei Darussalam) serta wakil universiti tempatan termasuk UiTM, UM, UKM, UPSI, UTP dan sebagainya. 

Penganjuran program International Student Leaders Conference (ISLC) juga berjaya mencapai beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), terutamanya SDG 3 (Kesihatan Baik Dan Kesejahteraan) SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 5 (Kesaksamaan Gender), SDG 10 (Kesaksamaan) SDG 16 (Keamanan, Keadilan Dan Pertubuhan Kukuh) dan SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat). Selain itu, program ini turut memenuhi beberapa Performance Indicator (PI) penting Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk PI029 (Bilangan Program Kepimpinan), PI031 (Bilangan Program Berkaitan Kemahiran Komunikasi Antarabangsa), PI032 (Bilangan Pelajar Yang Menyertai Program Antarabangsa), PI035 (Bilangan Pelajar yang Terlibat dengan Aktiviti Kepimpinan), PI038 (Bilangan Program/Modul Berkaitan Patriotisme dan Inisiatif ESI-IDART), PI039 (Bilangan Program Berkaitan Kesejahteraan Emosi), PI040 (Bilangan Pelajar yang Terlibat dengan Program Skill Komunikasi), PI085 (Bilangan Program Pemindahan Pengetahuan) serta PI011 (Bilangan Pelajar Luar). 

Kejayaan program ini bakal menjadi inspirasi untuk meneruskan inisiatif yang akan melahirkan pemimpin mahasiswa global yang inovatif dan bersedia menghadapi cabaran mendatang, serta memberi impak yang tinggi dalam pencapaian kolektif yang mendukung aspirasi UiTM menuju Globally Renowned University (GRU) 2025.