Bengkel Training of Trainers (TOT) Modul Aspirasi UTAMA UiTM Cawangan Perak

27 September 2024 – Telah berlangsung dengan jayanya satu bengkel Training of Trainers (TOT) Modul Aspirasi UTAMA bertempat di ILD Tanjung Tualang, Perak. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Kepimpinan Pelajar (UKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Perak.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai persediaan kepada peserta untuk mejadi fasilitator dalam pelaksanaan Modul Aspirasi UTAMA yang akan diadakan serentak di seluruh sistem UiTM bermula semester Oktober 2024 – Februari 2025. Seramai 40 peserta telah hadir yang terdiri daripada pensyarah dan juga staf bukan akademik UiTM Cawangan Perak. Bengkel ini juga dihadiri dan dirasmikan oleh YBrs Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (TRHEP) UiTM Cawangan Perak, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Azian Zaidi.
Bengkel ini dibahagikan kepada 6 Modul Aspirasi yang dikendalikan oleh fasilitator dari UiTM Cawangan Perak yang terdiri dari TRHEP, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar, Penasihat KOR SUKSIS, pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), dan juga staf dari Unit Kesihatan, Unit Kaunseling, dan Unit Kokurikulum. Modul Aspirasi ini merangkumi Modul Asas DNA UiTM, Modul UiTM Cergas, Modul Celik Fikir, Modul Asas Keselamatan Negara, Modul Jiwa UiTM, dan Modul Kecemerlangan dan Kemandirian Mahasiswa.
Pada sesi penutup bengkel ini menyaksikan pengijazahan kepada 40 peserta sebagai fasilitator Modul Aspirasi UTAMA dimana modul ini merupakan satu langkah untuk mencapai matlamat strategik UiTM 2025 dan melahirkan mahasiswa yang menepati USAHA TAKWA MULIA.