Puncak Alam, 17 September 2024 – Bengkel Semakan Status Kemajuan Perancangan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah diadakan di UiTM Kampus Dungun pada 13 – 16 Oktober 2024. Bengkel ini merupakan kesinambungan dari pra-bengkel yang telah diadakan pada 30 September 2024, bertujuan menyemak kemajuan pelan strategik awal 2024, mengenal pasti kekangan yang dihadapi PTJ, serta mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.
Seramai 34 pegawai pentadbir, yang terdiri daripada ketua dan wakil PTJ UCS, menyertai bengkel ini bersama barisan Pengurusan Kanan yang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Bengkel ini memberi ruang kepada 13 PTJ untuk membuat semakan terhadap Roadmap PTJ 2024, termasuk menyemak dokumen penting seperti Objektif Kualiti UCS, Teras Perkhidmatan PTJ, dan Piagam Pelanggan PTJ. Selain itu, status pencapaian penjanaan pendapatan bagi 2024 dan perancangan baharu untuk aktiviti penjanaan pendapatan 2025 turut dibentangkan.
Secara keseluruhan, perancangan strategik UCS berada pada tahap yang baik, dengan 78% Petunjuk Prestasi (PI) dicapai sehingga Ogos 2024. Di samping itu, sebanyak 64 daripada 93 aktiviti yang dirancang telah berjaya diselesaikan (69%) sehingga Oktober 2024. Diharapkan dengan adanya bengkel ini, semua sasaran UCS bagi tahun 2024 dapat dicapai dengan jayanya bagi memenuhi teras strategik UiTM2025.
Galeri Gambar: