MALDIVES, 19 SEPTEMBER 2024 – Suatu kunjungan hormat ZAWAF UiTM ke Maldives Zakat House dan Ministry of Islamic Affairs, Republic of Maldives telah dilaksanakan bagi berkongsi pendapat dan pengalaman pengurusan zakat di negara Republic of Maldives.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwakili oleh Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Profesor Madya Dr. Mohd Ashrof Zaki Yaakob dan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Azri Bhari selaku Pakar Rujuk ZAWAF & Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
Sekalung pernghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sheikh Izzaddin Adnan, Ketua Pengarah Zakat di Maldives Zakat House atas sambutan yang sangat mesra dan perkongsian berkaitan perkembangan pengurusan zakat di negara Maldives.
Kunjungan hormat juga dilaksanakan ke Ministry of Islamic Affairs, Republic of Maldives bagi mendapatkan informasi berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di negara Republic of Maldives.
Sekalung pernghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohamed Shujau Abdul Hakeem, Menteri Negeri bagi Hal Ehwal Islam (Minister of State for Islamic Affairs) atas sambutan yang sangat mesra dan perkongsian berkaitan perkembangan pengurusan Hal Ehwal Islam di negara Maldives.
Dr. Mohamed Shujau berkongsi berkaitan perkembangan politik Islam di Maldives dan usaha-usaha pihak kerajaan Maldives dalam menerapkan elemen Islam sepenuhnya di semua peringkat masyarakat dan juga pengurusan negara. Beliau juga berkongsi tentang potensi perkembangan kewangan sosial Islam di peringkat dunia melalui instrumen zakat dan wakaf yang menjadi instrumen utama dalam pembangunan negara-negara Islam.
Pada masa yang sama, pihak ZAWAF sempat mengunjungi Imam Besar (Grand Imam of Masjid Sultan Mohamed Thakurufaanu Auzam), Fadhilatus Sheikh Mohamed Latheef di Islamic Centre, Ministry of Islamic Affairs, Republic of Maldives.
Beliau merupakan Imam Besar yang bertaraf Menteri dan bertanggungjawab menguruskan Masjid Sultan Mohamed Thakurufaanu Auzam. Beliau berkongsi nasihat, tausiah dan juga mendoakan semua agar diberkati dan dipermudahkan dalam semua urusan.
Insya-Allah, beberapa cadangan program kerjasama juga bakal dilaksanakan melibatkan perkongsian ilmu dan kepakaran berkaitan pengurusan zakat yang efisien di semua peringkat.