Pertandingan Video Pendek Hygrowbloom Pamer Teknologi Pertanian Lestari

6 September 2024: Pertandingan Video Pendek Hygrowbloom anjuran UiTM Kampus Tapah dan Jabatan Pertanian Daerah Batang Padang telah berjaya dilaksanakan secara atas talian. Pertandingan ini bertujuan mempromosikan teknologi pertanian moden melalui kreativiti peserta.Selain itu objektif program ini ialah untuk memastikan keceriaan UiTM Kampus Tapah hasil dari projek hygowpot dan menjadikan bangunan UiTM Perak sebagai sebuah kampus hijau yang menerapkan elemen-elemen hijau di kalangan warga kampus.

Sebanyak empat video pendek daripada Fakulti Sains Gunaan, Hal Ehwal Akademik, Pejabat Pentadbiran, dan Unit Makmal Sains telah dipersembahkan. En. Shahrul Gammal, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Batang Padang, ditugaskan sebagai juri penilai dan mengadakan sesi soal jawab kepada peserta. Beliau menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur kerana mengadakan pertandingan yang memberi fokus kepada teknologi hygrowbloom, sebuah inovasi penting dalam bidang pertanian moden.

Unit Makmal Sains memenangi tempat pertama dengan penerangan saintifik dan sistematik, manakala Fakulti Sains Gunaan menduduki tempat kedua kerana mempamerkan potensi teknologi Hygrowbloom dalam meningkatkan produktiviti pertanian. Encik Suhaimi dari Hal Ehwal Akademik meraih tempat ketiga, sementara Encik Dazrul dari Pejabat Pentadbiran memenangi anugerah video paling kreatif. Pertandingan ini berjaya meningkatkan kesedaran mengenai teknologi pertanian moden dan menerima sambutan yang sangat positif.

Program ini berjaya menerapkan elemen kelestarian untuk mencapai mencapai objektif Kampus Hijau seperti menjimatkan penggunaan air dan memantapkan projek kitar semula dengan menggunakan semula hygrowpot sedia ada bagi penanam pokok berikutnya.

 

Penulis bersama: Nurul Aimi Zakaria, Wan Nurul Fatihah Wan Ismail dan Dr. Farihana Abdul Razak