10 Orang Pensyarah FKPM Sertai Kursus Pengukuhan Staf UiTM Cawangan Melaka

BANDAR ENSTEK, 13 SEPTEMBER 2024 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka telah mengadakan satu Kursus Pengukuhan Staf UiTM Cawangan Melaka dari 11 September 2024 sehingga 13 September 2024 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Sejumlah 10 orang Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Cawangan Melaka terlibat dalam kursus ini daripada kira-kira keseluruhan peserta iaitu 120 orang staf akademik dan pentadbiran daripada pelbagai Fakulti, Unit serta Jabatan dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka serta Kampus Jasin.

Antara matlamat pelaksanaan kursus ini adalah untuk menjelaskan etika perkhidmatan sebagai staf UiTM, menjelaskan prosedur sebagai staf UiTM, menjelaskan prosedur kewangan berkaitan dengan tuntutan elaun staf, pengenalan berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di unit serta jabatan, meningkatkan ilmu pengetahuan, nilai, ESI dan iDART UiTM, serta pembangunan modal insan yang berintegriti.

Antara pengisian dalam program ini ialah taklimat oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mizan Bin Hitam, Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Taklimat oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi Bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka serta taklimat-taklimat daripada Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Penolong Rektor Kampus Bandaraya, Penolong Rektor Kampus Jasin, Timbalan Pendaftar Kanan, Timbalan Pendaftar Unit Hal Ehwal Islam, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Ketua Bahagian Pejabat Bendahari, Ketua Bahagian Pengurusan Fasiliti serta aktiviti berkumpulan dan persembahan.

Kursus Pengukuhan Staf yang dijalankan ini dilihat ternyata berjaya dalam pencapaian matlamatnya, iaitu dalam memberikan penerangan di samping turut dapat menyatukan para staf melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program kursus seperti ini diharapkan dapat diteruskan lagi bagi edisi akan datang menerusi penambahan pelbagai lagi pengisian yang lebih mantap dan bermanfaat.

 

Dr. Mohamad Hafifi Jamri