Kerjasama FKPM-Talent Corp Memacu Bakat, Mentransformasi Pembangunan Industri

ALOR GAJAH, 30 JULAI 2024 – Pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan bersama pihak TalentCorp baru-baru ini bertempat di MassComm Research Lounge, Bangunan KPP3.

Wakil TalentCorp terdiri daripada Puan Siti Noratikah Kasmoi selaku Lead, Internship Facilitation, Encik Mohd Nur Syazwan Mohd Hafiz selaku Senior Executive, Campus Engagement & Mobility (Alumni FKPM), Encik Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin selaku Senior Executive, Campus Engagement & Mobility serta Puan Nurul Nabihah Mohd Nuri selaku Internship Facilitation for Graduate & Emerging Talent (GET), TalentCorp Kementerian Sumber Manusia.

Manakala, pihak FKPM diwakili oleh Profesor Madya Dr. Abdul Rauf Ridzuan selaku Ketua Pusat Pengajian (KPP), FKPM, UiTM Cawangan Melaka, Puan Siti Nur Farrah Faadiah Ab Ghani selaku Koordinator Program FKPM, Puan Noorazura Durani selaku Penyelaras Program MC111: Diploma Komunikasi Media Baharu & Keusahawanan Kandungan, Ts. Hj. Mohd Hilmi Bakar selaku Penyelaras Program MC112: Diploma Teknologi Komunikasi Media Digital, Hj. Iqbal Jaapar selaku Pemangku Penyelaras Program MC112: Diploma Teknologi Komunikasi Media Digital, Dr. Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir selaku Penyelaras Latihan Industri Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam), Hj. Muhammad Firdaus Amairudin selaku Penasihat Program Kelab KOMED, Encik Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah selaku Penasihat Program IPRSMA (Institute of Public Relations Students Malaysia Association), Dr. Mohamad Hafifi Jamri dan Encik Khairi Khairuddin selaku wakil Unit Komunikasi Korporat FKPM serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) FKPM, saudara Muhammad Adz Arrief Hayat Zamri.

Melalui pertemuan ini, pihak TalentCorp menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam pelaksanaan program-program akan datang di samping turut menyatakan kepakaran yang dimiliki oleh pihak mereka. Pihak FKPM amat mengalu-alukan kerjasama dan sinergi yang bakal dicipta bersama ini di samping sentiasa komited dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi di peringkat FKPM dan UiTM secara keseluruhannya dalam mendepani cabaran kebolehpasaran di industri.

Semestinya, kerjasama yang dijalankan ini berupaya menghasilkan pelbagai projek-projek berimpak tinggi di masa akan datang sekaligus memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak baik di peringkat Fakulti dan industri dari segi imej, reputasi serta kredibiliti.

Penulis: Dr. Mohamad Hafifi Jamri dan Khairi Khairuddin