PAHANG, 26 OGOS 2024 – Bengkel Pemantapan Calculus I Siri 2 merupakan kesinambungan daripada Bengkel Siri 1 yang telah diadakan pada 10 Mei 2024. Kesinambungan ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menjawab soalan penilaian pertama di mana topik Differentiation adalah 50% dalam ujian tersebut. Manakala, jumlah markah yang akan diberikan oleh kedua-dua topik, Limit & Continuity dan Differentiation ini adalah 34% dalam penilaian akhir.
Bengkel bersiri yang telah diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar dalam mempelajari teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan agar peratus kegagalan dapat dikurangkan bagi semester ini. Pelajar ini dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang melibatkan beberapa orang mentor yang terdiri daripada beberapa orang pelajar yang berpotensi.
Bengkel ini sedikit sebanyak mampu membantu pelajar-pelajar yang terpencil dan memerlukan bimbingan khusus dalam memahami sesuatu topik. Kaedah bimbingan rakan sebaya yang diterapkan dalam bengkel ini juga dapat melatih pelajar untuk sentiasa saling membantu dan berkongsi ilmu pengetahuan sesama rakan sekelas.
Objektif bagi program ini telah membuahkan hasil apabila peratusan pelajar yang mendapat gred yang cemerlang adalah melebihi 70% daripada jumlah pelajar yang mengambil subjek ini untuk semester Mac-Julai 2024. Oleh itu, program ini boleh diteruskan untuk pencapaian yang lebih baik bagi subjek Matematik pada masa akan datang.