Program Anda dan SSM Anjuran FPP UiTM Permatang Pauh

Permatang Pauh, 12 Jun 2024 – Jabatan Pengurusan Perniagaan , Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pulau Pinang telah menganjurkan “Program Anda dan SSM” pada 12 Jun 2024. Program ini telah dihadiri lebih 120 orang pelajar Diploma dan Sarjana Muda yang mengambil kursus keusahawanan pada semester ini. Turut hadir adalah Koordinator Masmed, UiTM Permatang Pauh Dr. Suria Sulaiman, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Perniagaan Dr. Santhanamery Thominathan dan Dr. Dalili Izni Shafie serta Puan Khairunnisa Binti Mazeni,  Eksekutif, Seksyen Operasi, Unit Pendaftaran Perniagaan, SSM Pulau Pinang.

Tujuan penganjuran program adalah untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan perniagaan kepada usahawan muda berkenaan kepentingan mendaftar perniagaan dan sekaligus memupuk minat mereka terhadap bidang perniagaan sebagai salah satu profession pekerjaan. Program ini menawarkan aktiviti seperti Taklimat Pendaftaran Perniagaan yang disampaikan oleh Puan Khairunnisa Binti Mazeni. Pihak SSM juga telah membuka kaunter pengaktifan ID akaun pengguna bagi memudahkan para pelajar mendaftar perniagaan mereka terutamanya bagi pelajar pelajar Sarjana Muda.

Program ini bukan saja melibatkan pelajar UiTM namun turut dihadiri oleh 20 orang pelajar dari beberapa buah universiti dari sekitar Kepulauan Indonesia sebagai salah satu pengisian bagi program “student mobility” antara universiti bagi negara Malaysia dan Indonesia.