Simposium Kecemerlangan Operasi 2024 Universiti Teknologi MARA

Shah Alam, 30 Julai 2024– Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) 2024 Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan tema “Merintis Evolusi Kecemerlangan Global” anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Julai 2024 melalui saluran rasmi YouTube InQKA UiTM. Simposium OE 2024 UiTM ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat dalam membudayakan inisiatif penambahbaikan proses kerja bagi seluruh UiTM.

Penceramah jemputan bagi sesi perkongsian adalah Yang Berbahagia Datuk Teknologis Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Pengerusi Eksekutif / Pengasas RMJ Nexus Global Sdn. Bhd. dan Puan Rasidah Abu, Special Project Manager di UMW M&E Sdn. Bhd.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga atas kerjasama pihak Perpustakaan UiTM yang telah menyediakan platform fizikal dan maya bagi merealisasikan Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) ini.