Sesi Perkongsian Bersama Alumni FPA: Career Opportunities in The Plantation & Employment Act 1955

PAHANG, 21 Jun 2024 – Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang telah mengadakan satu program Sesi Bersama Alumni yang bertajuk Career Opportunities in The Plantation – Employment Act 1955 sebagai sebahagian daripada Program Pengajaran Kolaboratif untuk subjek Legal, Ethical and Social Issues in Plantation (AGR255). Program ini telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang (UCPh).

Sesi perkongsian ini diadakan secara atas talian di Google Meet bermula pada jam 3.00 petang. Dua orang penceramah telah dijemput bagi memberikan perkongsian. Sesi perkongsian pertama bertajuk “Career Opportunity in the Plantation Sector” telah disampaikan oleh penceramah pertama iaitu Ts. Siti Zuwairiah Binti Abdullah, Pengurus Ladang SD Guthrie di Tampin Linggi Estate, Negeri Sembilan yang merupakan pengurus ladang wanita pertama di SD Guthrie (dulu dikenali sebagai Sime Darby Plantation Sdn Bhd). Beliau telah berkongsi tentang perjalanan kerjaya beliau selama 16 tahun di SD Guthrie sehingga dinobatkan sebagai YSD Role Model Award pada tahun 2023. Beliau juga berkongsi laluan kerjaya di Huluan Malaysia yang bermula dari Cadet Planter sehingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu Regional CEO. Beliau juga memberi beberapa tips kepada pelajar untuk terpilih menjadi Cadet Planter di SD Guthrie. Selain itu, beliau juga membincangkan beberapa tantangan dan hambatan yang perlu diharungi dalam bidang perladangan yang kebanyakkannya didominasi oleh kaum lelaki antaranya stereotip jantina di tempat kerja, kesukaran mencapai posisi kepimpinan, keseimbangan kehidupan kerja, peluang latihan yang terhad dan juga isu keselamatan dan gangguan di tempat kerja.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian kedua yang bertajuk “Employment Act 1955” yang telah disampaikan oleh Puan Nurhidayah Binti Kamari, Penolong Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor. Beliau telah berkongsi tentang hak-hak pekerjaan, pengiraan gaji yang adil, dan keadaan kerja yang selamat dan sihat yang perlu dititikberatkan oleh pihak majikan. Akta Pekerjaan 1955 adalah undang-undang utama yang mengatur hubungan antara majikan dan pekerja di Malaysia. Ini membantu meningkatkan kualiti hidup pekerja ladang dan memastikan bahawa sektor perladangan beroperasi dengan cara yang beretika. Program ini telah dihadiri oleh 57 orang pelajar dan 7 orang pensyarah FPA.

Objektif utama program ialah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai beberapa aspek yang perlu diketahui mengenai peluang pekerjaan di sektor perladangan di Malaysia serta mewujudkan pelajar yang berpengetahuan dalam hal-hal berkaitan undang-undang pekerjaan dalam membina suasana perburuhan yang kondusif dan dapat meningkatkan produkvititi sesebuah organisasi.

Sesi perkongsian ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar, pensyarah, dan penceramah jemputan. Sepanjang seminar berlangsung, pelajar memberikan maklum balas yang sangat positif. Penganjuran program ini telah memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang hadir. Melalui program ini juga, Petunjuk Prestasi Fakulti PI080 (Number of alumni expert service programme) dapat dicapai yakni telah melibatkan pemindahan kemahiran dan pengetahuan berimpak tinggi oleh alumni kepada para pelajar yang terlibat