Team Building PKE 2024 : PKE The Best

KULIM, 7 Julai 2024 – Pusat Pengajian Elektrik (PKE), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan program “Team Building PKE 2024” untuk semua warganya.

Team building adalah satu acara berkala setiap organisasi sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan produktiviti. Objektif utama program santai ini diadakan adalah bertujuan 1)  memupuk hubungan yang lebih kukuh dan kesepaduan dalam pasukan, 2)  menyemarakkan semangat  mencapai kecemerlangan prestasi, dan 3) meningkatkan keberkesanan komunikasi pasukan.

Program yang berlangsung selama dua hari bertempat di Sedim Escape, Sungai Sedim, Kulim telah disertai 82 staf akademik dan staf sokongan PKE, yang terdiri 47 lelaki dan 35 wanita.

Program yang bertemakan “PKE The Best” telah mengadakan pelbagai outdoor game seperti Trekking to waterfall, Water tubing, Brisk Walk, Tree top walk, Water Rafting dan ATV sport bike. Disamping itu juga Tazkirah, Kopi2, Chit Chat, Dr. Fan Sharing Session, dan BBQ antara aktiviti santai yang telah diadakan.

Menurut PM Ir. Dr. Nor Azlan Othman selaku Ketua Pusat Pengajian (KPP) PKE UiTM Cawangan Pulau Pinang, program ini berperanan penting dalam membantu merapatkan ukhuwah di kalangan staf PKE UiTMCPP.

“Program ini telah berjaya kita lalui dengan semangat muhibbah antara warga PKE dan mengukir memori indah untuk kita kenang di masa akan datang”, jelas PM Ir. Dr. Nor Azlan Othman sewaktu majlis penutup.

Diharap program ini telah mencipta satu kenangan manis dan mengukuhkan lagi jalinan silaturrahim dikalangan peserta. Selain itu, diharap melalui program ini, dapat memperbaharui dan meningkatkan semangat bekerja dalam pasukan seterusnya produktiviti cemerlang sentiasa dipertingkatkan bukan hanya kepada peserta malah kepada PKE khususnya.