Program ‘CINTAI’ di SK Sungai Pusu bersama Universitas Negeri Jakarta dan Yayasan Mr DIY

6 Jun 2024, Gombak – Program ‘CINTAI’ (Collaborative in Networking Teaching Aid Innovation) anjuran pelajar Bidang Harta Tanah, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak telah berlangsung dengan jayanya.

Program pemindahan ilmu (Knowledge Transfer Program) bagi matapelajaran RES 557 Building Services dengan tema Pembelajaran Inovatif: Transformasi Ilmu Dalam Komuniti Pintar. Program ini juga di sasarkan selari dengan Sustainable Development Goals – SDG 4: Quality Education.

Program ini telah diketuai oleh Sr Ts Dr Siti Hafsah Zulkarnain selaku Pensyarah Bidang Harta Tanah, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam. Seramai 282 orang murid Tahun 3 dan 30 orang mahasiswa dari Semester 4B, Bidang Harta Tanah, Kolej Alam Bina, UiTM Shah Alam telah terlibat dalam program ini.

 

Rakan kerjasama UiTM dari Universitas Negeri Jakarta, Indonesia juga turut hadir bersama 6 orang delegasi yang diketuai oleh En Abdul Rahman. Program ini juga mendapat tajaan dari Yayasan Mr DIY yang telah memberi sumbangan buku dan alatulis sebagai tanda sokongan kepada aktiviti kesukarelawan mahasiswa bersama komuniti.

Objektif pemindahan ilmu bersama komuniti ini merupakan program yang dilaksanakan setiap semester sebagai keperluan matapelajaran RES 557 – Building Services. Objektif program dalam memberikan pengetahuan asas mengenai sistem pengurusan sampah yg dipelajari oleh mahasiswa UiTM didalam kelas telah di kongsikan dengan murid sekolah melalui penyediaan alat bantuan mengajar oleh mahasiswa UiTM secara kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid sekolah rendah.

Semoga program ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada komuniti sekolah dalam melahirkan murid yang cergas, pintar dan mampu berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat.