Kerjasama Fakulti Sains Gunaan Uitm Kampus Tapah Bersama Suffy Dairy Group Sdn Bhd

10 Jun 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Suffy Dairy Sdn. Bhd. telah menjalankan kolaborasi penyelidikan bertajuk Formulasi Susu Kambing untuk Ibu mengandung melalui geran industri yang telah diberikan kepada Suffy Dairy Sdn. Bhd kepada Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah yang bertujuan untuk memperluaskan kerjasama antara pihak Universiti dan Industri.

Inisiatif ini merupakan hasil usaha Fakulti Sains Gunaan untuk memperkukuhkan hubungan dengan industri di negeri Perak terutamanya Syarikat Bumiputera yang terlibat dengan penghasilan susu kambing kerana kurang kajian berkaitan pengambilan produk susu kambing di Malaysia.

Penyelidikan ini memfokuskan kepada aspek kajian dan pembangunan inovasi produk susu kambing, kajian mikrobiologi, maklumbalas awam bagi produk sedia ada, dan penghasilan produk sabun dari susu tamat tempoh.

Beberapa penerbitan dan produk berjaya dihasilkan hasil daripada kajian pensyarah dan pelajar Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah . Selain itu, formulasi susu kambing bagi ibu mengandung juga berjaya mendapat pingat perak di 12th International Innovation, Invention & Design Competition (INDES) 2023.

Dijangkakan kolaborasi ini bakal diteruskan bagi merancakkan pelbagai aktiviti yang jalinan kerjasama universiti dengan pihak industri atau agensi luar selaras dengan usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi bagi mengalakkan rakyat Malaysia menyokong produk hasil tempatan dan juga lagi mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.

Penulis bersama : ADIBATUL HUSNA FADZIL,  YANTI YAACOB,  NORSAKINA ZURINA BINTI ZULKIFLI, NUNSHAIMAH BINTI SALLEH, ROSLIZA BINTI ALI, SITI NORHAYATI BINTI MOHAMAD TARMIZI, DR  SUZAIRA BAKAR, DR  HAMIZAH MD RASID