PROGRAM MAU’IZAH SIRI FEBRUARI 2024 : JANGAN MARAH

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) bersama Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM telah mengkoordinasikan Program Mauizah bertempat di Bilik Mesyuarat BPPA pada 23 Februari 2024 jam 8.30 pagi.

Ceramah agama bertajuk ‘Jangan Marah’ telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Shahrulnizam Akhsan, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Dalam ceramah ini beliau menjelaskan definisi marah iaitu mengacu pada perasaan emosi yang muncul ketika seseorang merasa kesal, tidak puas, atau kecewa terhadap suatu perkara.  Sebab perlu mengawal marah kerana ia adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah, boleh menyebabkan sakit kronik dan Malaikat menjauh orang yang selalu marah.

Cara mengawal emosi marah adalah sabar, bertafakur, menghindari provokasi dan situasi negatif, memahami hak dan tanggungjawab, melazimi membaca Al-Quran, solat, taubat dan memohon ampun serta mengingati Allah.

Salah satu sifat orang yang bertaqwa adalah mampu menahan marah.  Marah suatu kemestian dalam hidup.  Marah mesti digandingkan dengan rasa kasih.  Sebagaimana ganjaran dan hukuman mesti ada dalam usaha mendidik.

Program mauizah ini berakhir kira-kira jam 9.30 pagi.  Semoga program yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga BPPA dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh semua.