ShijiaZhuang, 28 February 2024: Pada tarikh 24 sehingga 02 Mac 2024 yang lalu, delegasi UiTM Cawangan Perak (UiTM CP) telah mengadakan Program Malaysia – China Academic Exchange 2024 (MCAE). Program ini merupakan satu lawatan bagi menjalinkan usahasama diantara UiTM Perak (UiTM CP) bersama Hebei Academy of Fine Arts (HAFA) di China. Program yang memfokuskan kepada halatuju akademik serta menjalinkan usahasama bersama di dalam bidang akademik. AICAD yang merupakan satu program anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif di UiTM Cawangan Perak turut menjadi agenda yang dibentangkan kepada pihak HAFA. Pada tahun 2024, pihak UiTM CP akan mengadakan Program AICAD di HAFA, China pada bulan 17/09/2024 sehingga 20/09/2024. Empat program utama AICAD iaitu AICAD Art Exhibition, AICAD Conference, AICAD IID dan INDDEX. Kesemua program AICAD akan berlaku serentak pada tarikh yang ditetapkan. Dengan menjadikan HAFA sebagai rakan kolaborasi, program-program AICAD 2024 akan berlangsung di dalam kampus HAFA keseluruhannya.
Kunjungan delegasi UiTM CP ke HBAFA diketuai oleh Rektor UiTM CP iaitu Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim PMP.Delegasi turut diserta oleh Timbalan Rektor PJIM&A ProfesorMadya Dr Muhammad Abdul Aziz Ab Ghani dan koordinator dari pejabat PJIM&A UiTM CP. Selain itu delegasi UiTM CP turut disertai oleh Pengarah Projek bagi setiap program AICAD. Majlis perbincangan diantara UiTM CP dan HAFA bermulapada 24 September 2024 dengan delegasi UiTM CP telah disambut oleh Presiden Mr. Zhen Zhongyi dan serta staf dan pensyarah dari HAFA.
Mesyuarat pada 25 Februari 2024 telah dipengerusikan oleh Presiden Zhen Zhongyi sendiri. Sesi dimulai dengan suai kenal dan pembentangan slaid kedua – dua institusi bagi memperkenalkan kedua-dua institusi secara terperinci. Agenda akhir adalah pembentangan Program AICAD 2024 oleh ProfesorMadya Dr Muhammad Abdul Aziz Ab Ghani secara keseluruhan dan setiap Pengarah Projek AICAD 2024 memperincikan perbincangan mengikut program masing-masing.
AICAD Art Exhibition merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh AICAD dari tahun 2017. AICAD Art Exhibition adalah salah satu platform bagi pensyarah dibidang seni lukis untuk mempamerkan karya seni lukis di Peringkat Antarabangsa. Sepanjang penganjuran AICAD Art Exhibition, kebanyakan peserta yang menyertainya adalah merupakan pensyarah dan pelukis profesional dari dalam dan luar negara. Penganjuran AICAD Art Exhibition yang lepas telah berjaya dianjurkan di Bandung, Langkawi, Japan, dan Bangladesh. Pada edisi ke 7 ini, AICAD Art Exhibition bercadang untuk menganjurkan pameran ini di HAFA, China.
Ketua Projek AICAD Art Exhibition telah membentangkan perincian program AICAD Art Exhibition kepada pihak HAFA dan telah mendapat persetujuan untuk penganjuran bersama di HAFA pada 17/09/2024 sehingga 20/09/2024. Ruang pameran adalaha bertempat di Wen Fang Gallery di dalam Kampus HAFA. AICAD Art Exhibition dijangka akan disertai 100 pelukis dan pensyarah seni visual dari dalam dan luar negara. Pameran yang dijangka akan berlaku selama 30 hari secara online dan 5 hari secara fizikal di ruang galeri.
Program AICAD Art Exhibition diharap mampu memberi peluang buat pensyarah dan pelukis untuk bertukar pengetahuandan pengalaman dengan institusi seni di negara lain. Ini merupakan objektif utama AICAD untuk menjadi platform bagi individu untuk berpameran. Selain dapat mecapai KPI berpameran antarabangsa, program ini juga mampu menjadi satu inkubator bagi membangunkan kesenian khususnya di peringkat pengajian tinggi. Proses promosi akan berlaku pada bulan April dan Mei dan diharap ramai pensyarah dari bidang kesenian dapat merebut peluang untuk berpameran pada bulan September nanti.