Majlis Simbolik Serahan Rasmi Surat Tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 UiTM Cawangan Selangor

Puncak Alam, 17 Januari 2024 – Majlis simbolik serahan rasmi surat tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 UiTM telah dilangsungkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor. Seramai 665 orang pelajar UiTM Cawangan Selangor telah terpilih sebagai penerima manfaat bagi Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 UiTM.

Pelaksanaan Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membantu pelajar B40 yang merupakan anak pertama dalam keluarga berjaya menyambung pengajian ke Universiti Awam. Simbolik serahan surat tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung ini telah disempurnakan oleh  YBhg. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor kepada pelajar yang terpilih.

#UCSCemerlang