Lawatan Rasmi Pegawai Jaminan Kualiti Luar Negara ke UiTM

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menerima kunjungan rasmi daripada pegawai jaminan kualiti luar negara pada 13 September 2023. Seramai empat orang delegasi iaitu Mr. Mohammad Ruzaini bin Mohammad Saiffulah dan Mr. Faizal b. Kambli dari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam serta Mrs. Liu Tsz Wai dan Mrs. Cheung Hiu Tung dari Hong Kong Council for Accreditation of Academic and Vocational Qualifications telah mengikuti lawatan tersebut bersama dua orang pegawai MQA. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan khusus mengenai sistem pengajian tinggi serta proses jaminan kualiti universiti di Malaysia.

Ucapan aluan dan sesi pengenalan mengenai UiTM telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor InQKA. Delegasi telah dibawa melawat Dewan Orkestra UiTM dan seterusnya ke GESTURZ bagi melihat hasil-hasil seni warga dan pelajar UiTM serta video inisiatif UiTM untuk mengingkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa.

Di akhir lawatan para delegasi mengucapkan terima kasih atas layanan baik pihak InQKA dan perkongsian yang dibuat mengenai proses jaminan kualiti di UiTM.

#inQKAUiTM