IKRAR BEBAS RASUAH DAN CERAMAH INTEGRITI UiTM CAWANGAN SABAH

KOTA KINABALU, 23 Jun 2023 – Warga UiTM Cawangan Sabah telah mengikuti program memperbaharui Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Integiti di Dewan Tun Mustapha, Ujana Sarjana, UiTM Cawangan Sabah. Program ini dimulakan dengan Ceramah Integriti oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Alexander S. Kunghisprm, Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah dan diakhiri dengan memperbaharui Ikrar Bebas Rasuah oleh warga kampus. Program ini merupakan acara tahunan kampus bagi memberi kesedaran, peringatan, dan sebagai salah satu langkah pencegahan amalan rasuah kepada warga UiTM Cawangan Sabah.

Amalan rasuah membawa kesan negatif kerana amalan ini merosakkan moral dan etika dalam masyarakat. Justeru itu, ceramah integiriti merupakan salah satu langkah pencegahan dan peringatan kepada warga kampus untuk menjaga disiplin diri, integriti dan menolak amalan rasuah. Bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis, warga UiTM Cawangan Sabah perlu sentiasa menjaga etika dan berhati- hati supaya tidak menyesal di kemudian hari.