SHAH ALAM, 18 Jun 2023 – Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis telah berjaya mengadakan pembentangan Viva-Voce, Final Year Project (FYP) bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (AP220) melibatkan seramai 128 orang pelajar semester 7 dan semester 8 pada hari ini.
Pembentangan viva-voce melibatkan semua para pensyarah Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis dan 4 orang pensyarah Jemputan daripada Pengajian Sains Geomatik dan Sumber Alam, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam yang terdiri daripada Prof Madya Sr Ts Dr. Saiful Aman Sulaiman, Prof Madya Dr. Nor Aizam Adnan, Gs Dr. Nafisah Khalid dan Gs Dr. Nabilah Naharudin.
Sebelum sesi Pembentangan viva-voce bermula, satu taklimat penerangan dan perbincangan bersama Penyelaras FYP (Resource Person) bagi mata pelajar GSS681 dan GLS693, yang mana telah disampaikan oleh Gs Dr. Nafisah Khalid dan Gs Dr. Nabilah Naharudin daripada UiTM Shah Alam. Selesai taklimat, para pensyarah memulakan sesi pembentangan viva-voce pada jam 10 pagi dan berehat pada pukul 1.30 tengahari. Setiap panel dan para pelajar telah dibahagikan bilik mengikut bidang kajian masing-masing. Sesi pembentangan viva-voce pada sebelah petang pula bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Segala komen dan cadangan para panel semasa sesi Pembentangan viva-voce ini dapat memberikan nilai positif kepada para pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan sesama berada di universiti.