KUALA BERANG, 24 Jun 2023 – Pada 22 Jun hingga 24 Jun 2023, seramai 21 orang pelajar Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bawah bimbingan Penasihat Program iaitu Ir. Normadyzah binti Ahmad telah berjaya menganjurkan program “STEM Academic Horizon UiTM Tour” di SM Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang. Program ini melibatkan seramai 152 orang pelajar tingkatan 4 yang bertujuan untuk menarik minat mereka terhadap bidang kejuruteraan dengan memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai ilmu asas bidang tersebut. Program STEM Academic Horizon UiTM Tour (SAHUT) adalah sebuah program di bawah kategori SULAM yang merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan di bawah mata pelajaran Leadership and Professional Ethics for Engineers.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dengan menghubungkaitkan teori dengan praktis di dunia sebenar serta meningkatkan kemahiran sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan STEM telah diadakan antaranya adalah Exploring the Frontiers of STEM, STEM Exhibition dan Engineering Educational Talk. Melalui aktiviti-aktiviti ini, para pelajar dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan berasaskan STEM dalam kehidupan, menyelesaikan masalah secara kritis dan inovatif serta memperoleh platform untuk perbincangan dan perkongsian pengalaman berharga daripada pensyarah dan pelajar universiti dalam bidang kejuruteraan.
Salah satu aktiviti yang paling mendapat perhatian dalam program ini adalah Exploring the Frontiers of STEM. Aktiviti ini merupakan sebuah perlumbaan eksplorasi berkaitan dengan ilmu asas STEM yang merangkumi lima acara yang berbeza iaitu Egg Drop, Bridge Modelling, Balancing Challenge, Spiral Ball dan Balance Tower. Para pelajar dibahagikan kepada 10 buah kumpulan dan perlu menyelesaikan setiap acara dalam masa 20 minit sahaja. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain dalam mencari solusi terbaik bagi setiap permasalahan yang diajukan. Pemikiran kreatif dan kritis membolehkan mereka mengharungi aktiviti ini dengan cemerlang.
Pelaksanaan program ini juga memupuk keberanian pelajar untuk bercakap menyuarakan pertanyaan dan pendapat di hadapan khalayak ramai dan dapat mengenal lebih ramai rakan sebaya. Di samping itu, program ini juga dapat menyediakan platform untuk mengasah bakat dan pemikiran kritis setiap pelajar. Akhir sekali, pelajar juga memperoleh pelbagai informasi dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai kursus Kejuruteran Kimia melalui Engineering Educational Talk yang telah disampaikan oleh pensyarah pengiring, Ir. Normadyzah binti Ahmad, dibantu oleh pelajar, Adam Razin bin Awira dan Muhammad Aidey Adha bin Musa.
Semasa majlis perasmian penutupan program, Tn Hj Muhammad Joha bin A. Wahab @ Mohd selaku Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik SM Sains Hulu Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam atas sumbangan positif yang diberikan kepada pelajar. Beliau turut berkata, “Melalui pelaksanaan program ini, saya dapat melihat konsep “4C” iaitu Collaborative, Communication, Creative dan Critical Thinking dapat dicapai dan dipraktikkan.” Tambahnya lagi, nilai Collaborative itu terserlah melalui kerjasama antara institusi (Universiti Teknologi MARA) dengan institusi (SM Sains Hulu Terengganu), antara pelajar dengan fasilitator dan antara pelajar dengan pelajar.
Program ini memberikan impak yang positif daripada pelajar SM Sains Hulu Terengganu, antaranya ialah menimba ilmu pengetahuan yang baru khususnya dalam bidang STEM serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali antara satu sama lain. Malahan, pelajar juga memberikan cadangan untuk melibatkan lebih ramai pelajar agar pelajar lain dapat menerokai pengalaman belajar yang diperoleh oleh mereka.
Penganjur: Pelajar Pengajian Kejuruteraan Kimia Semester 6, kelas EH2206B.
Program: STEM Academic Horizon UiTM Tour.
Tarikh: 22-24 Jun 2023.
Penasihat Program: Ir. Normadyzah binti Ahmad.
Pengarah Program: Wan Azrul Hazeem bin Wan Ishak.
Timbalan Pengarah Program: Muhammad Aidey Adha bin Musa.
Setiausaha: Nur Auni Faqihah binti Mohd Nor.
Timbalan Setiausaha: Muhamad Nor Iqmal Hafizi bin Kamaruddin.
Bendahari: Farah Hannani binti Zulkeffle.
Biro Pengangkutan: Muhammad Haiqal bin Mustaffa Kamal
Biro Program dan Protokol:
1. Azri Aiman bin Ahmad Zulkarnain
2. Ros Shafiza binti Roslan
3. Muhammad Lukman Nurhakim bin Langmeri
4. Dayang Aimi Athirah binti Asnie
Biro Multimedia:
1. Muhammad Hafizi bin Mohamad Azman
2. Syah Nazhif Haiqal bin Junaidi
Biro Teknikal dan Peralatan:
1. Mohd Fadzrul Ikhwan bin Mohd Noordin
2. Muhammad Taufiq bin Shidin
3. Norshahida binti Keliwon
4. Jeremiah Sean Wong Kam Tim
Biro Penjanaan:
1. Ammar Nur Hakim bin Tahir
2. Aisyatul Nurani binti Mohd Yazid
Sukarelawan:
1. Adam Razin bin Awira
2. Wan Suhair Rifdi bin Wan Nor Saipullah
3. Arissa Hani binti Azizi