IPOH, 21 Jun 2023 – Suatu sesi perbincangan bersama YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak telah diadakan di pejabat rasmi beliau.
Turut serta dalam sesi ini adalah En. Visvanathan Palanivello (Malaysia Green Technology Society), Prof. Dr. Sumathi Sethupathi (Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Kampar), dan Pn. Amirthavalli A/P Govindan (Politeknik Ungku Omar).
Sementara itu, UiTM Cawangan Perak diwakili oleh Sr Dr. Irwan Mohammad Ali, Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.
Sesi perbincangan ini memberikan fokus kepada percambahan idea dalam usaha melaksanakan “Single-use Plastic” di Negeri Perak.
Jelas, kerajaan Negeri Perak melalui portfolio yang diamanahkan kepada YB Teh Kok Lim sangat komited dan bersikap terbuka dalam menjayakan inisiatif ini.
Sudah pasti, usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak, termasuk kerajaan, masyarakat, sektor perniagaan, dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kejayaan dalam mengurangkan penggunaan plastik di Negeri Perak.
Antara cadangan yang dibangkitkan adalah meningkatkan pendidikan kesedaran, menggalakkan penggunaan beg kain gunasemula, pengurusan sisa plastik yang berkesan, kajian pematuhan berterusan, serta mewujudkan peraturan dan garispanduan yang ketat terhadap penggunaan plastik.
Semoga usaha ini dapat direalisasikan dalam mewujudkan persekitaran Negeri Perak yang sejahtera, mampan dan sihat.