Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 – Bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pendaftaran Berkelompok telah berlangsung. Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwakili oleh Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina, Profesor TPr Dr Jamalunlaili Abdullah bersama-sama wakil Bidang Ukur Bahan dari Kampus Shah Alam, Kota Samarahan dan Seri Iskandar. Sementara Lembaga Juruukur Bahan Malaysia diwakili oleh Presiden LJBM Sr Amran bin Mohd Majid. Memorandum Persefahaman Pendaftaran Berkelompok ini ditandatangani untuk tempoh lima tahun.
Dengan termetrai memorandum ini, pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan, Universiti Teknologi Mara mendapat kemudahan untuk mendaftar sebagai Juruukur Bahan (Provisional) di Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Program ini diharapkan dapat menarik lebih ramai golongan profesional dalam kerjaya ukur bahan.