“Mono No Awareness : Health Sharing”

Pada 8 April 2023 (Sabtu), Penang Nursing Student Association (PeNSA), telah mengadakan program komuniti “Mono No Awareness : Health Sharing” di Surau Al-Husna Shahbandar, Bertam Perdana 3,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. “MONO NO AWARE : HEALTH SHARING” merupakan sebuah program yang berkonsepkan akademik dan ilimiah yang melibatkan para pelajar program kejururawatan seramai 39 pelajar. Program ini dijalankan secara bersemuka di Surau Al-Husna Shahhbandae Bertam Perdana 3 yang diisi dengan sesi ceramah bertajuk Hospital Mesra Ibadah. Perkongsian daripada ustaz Mohd Khairuddin Bin Md Sulhaimi adalah untuk berkongsi dengan para pelajar serta masyawakat sekeliling yang terlibat tentang cara melaksanakan ibadah solat dengan sempurna ketika sakit. Selain itu, pemeriksaan tekanan darah juga diadakan bagi pendudukan bertam perdana 3 yang turut ikut serta sepanjang program berlangsung. Turut hadir dalam program ini, Dr Rusnani Ab Latif selaku Penasihat 1, PeNSA, Puan Nur Baiduri Mazlan, selaku Penasihat 1, PeNSA dan puan Norsuraya hassan wakil daripada pensyarah kejururawatan. Program ini dirasmikan oleh Dr Rusnani bt Ab Latif.
Tujuan program diadakan adalah untuk:

1. Meningkatkan ilmu tentang solat ketika sakit dikalangan para pelajar, pensyarah serta komuniti yang
terlibat dalam program.
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar UiTM Bertam dengan AJK surau Al-Husna serta
penduduk di sekitar Bertam Perdana
3. Meningkat keandalan dan kecekapan para pelajar dalam mengetuai sesuatu program dengan
sempurna.
4. Membuka mata para pelajar, pensyarah dan masyarakat sekitar Bertam Perdana bahawa sakit bukanlah suatu penghalang atauupun alasan agar kita tidak melaksanakan ibadah solat.
5. Membantu para pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasii di hadapan masyarakat semasa program dijalankan.

Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Program berjalan dengan lancar hasil kecekapan dalam merangka aktiviti. Para AJK dan peserta dilihat bersama- sama berganding bahu dalam memastikan semua aktiviti mengikut tentatif yang disediakan.Kesimpulannya program ini memberikan manfaat dan membuka mata para mahasiswa tentang cara ibadah solat walaupun ketika sakit. Ilmu ini amat berguna kepada mahasiswa yang merupakan pelajar program kejururawatan berkongsi kepada pesakit – pesakit mereka semasa menjalani latihan klinikal.