Program Agihan Bubur Lambuk Dan Ceramah Checklist Ramadanku Di UiTM Cawangan Sabah


KOTA KINABALU, 4 April 2023 – UiTM Cawangan Sabah dengan Kerjasama PEWANI UiTM Cawangan Sabah serta Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menganjurkan “Program Agihan Bubur Lambuk dan Ceramah Checklist Ramadhanku.” Program diadakan telah di Dewan Auditorium Tun Mustapha, Bangunan Ujana Sarjana, UiTM Cawangan Sabah. Program ini telah dihadiri oleh 100 peserta terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Sabah, ahli PEWANI serta Staf Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Program ini dimulakan dengan ceramah Checklist Ramadhanku oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UiTM Cawangan Sabah, Ustazah Adie Herryzieyantie Abdul Gair. Seterusnya Agihan Bubur Lambuk dan Bubur Cha Cha kepada peserta. Agihan Bubur Lambuk adalah sumbangan dari Bank Muamalat Malaysia Berhad dan PEWANI UiTM Cawangan Sabah. Sempena bulan Ramadhan bulan yang mulia ini, bersedekah merupakan antara amalan terbaik dan Allah swt berfirman di dalam Al Quran, Surah Al Baqarah, ayat 261 – Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah.

Kolaborasi bersama industri perbankan ini memberi nilai tambah kepada warga universiti dan staf berpeluang bertukar pendapat dan idea dalam membangunkan modal insan masyarakat Malaysia Madani. Selain menambah ilmu pengetahuan, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim dan menjalin kemesraan serta memberi khidmat komuniti (agihan makanan- bubur lambuk) kepada warga UiTM Cawangan Sabah. Turut hadir Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah, Yang Berbahagia Datin Hajah Dayang Noorizan Hj Bakrin, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Sabah, Puan Aminah Aman dan wakil Bank Muamalat Malaysia Berhad, Encik Wahab Taif (Regional Business Manager Sabah).