SHAH ALAM, 11 November 2022 – Majlis Penyerahan Kunci Dewan Seri Budiman telah berlangsung dengan jayanya pada 11 November 2022, pada pukul 2.45 pm bertempat di Dewan Seri Budiman. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci dari pihak kontraktor kepada UiTM. Pihak kontraktor diwakili oleh Puan Hajah Azirah Abdul Rahman, Pengarah B&I Sdn Bhd manakala UiTM diwakili oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Dr Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA.
Renovasi Dewan Seri Budiman telah bermula sejak September 2019 dan telah tertunda beberapa kali pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan pada tahun 2020 dan 2021. Perasmian Dewan Seri Budiman dijangkakan akan berlangsung pada tahun hadapan. Setakat ini, status Dewan Seri Budiman adalah telah sedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Pengoperasian dewan ini diamanahkan kepada Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), di bawah kelolaan pentadbiran KPSK. Penggunaannya dikhususkan bagi PdP dan akan dioptimumkan untuk menjamin pengalaman pembelajaran yang maksima di dalam bidang seni persembahan.