29 Oktober 2022 – Telah berlangsung Program Bicara Inspirasi Bersama Alumni OM: ‘Serlahkan Potensimu’ anjuran Jawatankuasa Pemantapan dan Pembangunan Akademik (JPPA), Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah At-Tabari, Blok IST, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka bermula pada 8:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari.
Program Bicara Inspirasi Bersama Alumni OM: ‘Serlahkan Potensimu’ adalah merupakan kesinambungan daripada program webinar “Graduan OM dan Keusahawanan: Peluang dan Cabaran” yang telah dilaksanakan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan bermula pada tahun 2020. Program ini terus dilaksanakan pada kali ini dengan menjemput dua (2) orang penceramah jemputan yang merupakan alumni daripada program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (OM114) iaitu Puan Ku Norzainun binti Imam Asmawi yang merupakan Pengarah di ISO Hitec Security Sdn. Bhd. serta Puan Norshuhada binti Amsari, Ketua Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang merupakan alumni bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (OM221) daripada UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.
Program yang diadakan secara bersemuka ini telah melibatkan 172 orang pelajar dari semester 5 bagi program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BA118) sebagai kumpulan sasaran. Dengan pelaksanaan program ini telah dapat membantu pihak Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan serta Universiti dalam memenuhi pencapaian PI seperti berikut:
i. Number of alumni expert service programme (PI080)
ii. Number of alumni successfully became entrepreneurs (PI019)
Selain daripada itu, Program Bicara Inspirasi Bersama Alumni OM: ‘Serlahkan Potensimu’ ini direalisasikan dengan enam (6) tujuan utama:
1) menyokong hasrat pentadbir universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai cita-cita tinggi dan unggul serta memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai aspek dan bidang,
2) menyokong usaha universiti untuk mengadakan program yang melibatkan alumni melalui sumbangan kepakaran dan kemahiran alumni yang dikongsi bersama kepada mahasiswa untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka kelak,
3) mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik di antara pihak fakulti, dan universiti dengan alumni UiTM,
4) membantu mahasiswa dalam membina jaringan sosial yang positif dengan alumni yang telah berjaya dan berkerjaya,
5) menjadikan alumni sebagai model dan sumber inspirasi untuk lebih bersedia menghadapi alam kerjaya sebaik sahaja pelajar bergaduasi, serta
6) memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam mendapat maklumat terkini berkaitan prospek kerjaya yang bersesuaian melalui interaksi dengan alumni secara langsung.
Hasil daripada penganjuran dan pelaksanaan Program Bicara Inspirasi Bersama Alumni OM: ‘Serlahkan Potensimu’ ini diharapkan dapat membantu memantapkan lagi kefahaman mahasiswa tentang cabaran yang perlu ditempuhi dalam realiti pekerjaan. Program ini juga diharapkan dapat membantu mahasiswa dalam membina jaringan sosial yang positif dengan alumni yang telah berjaya dan berkerjaya.
Dalam masa yang sama, ianya juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa berhubungan dan berkomunikasi secara langsung dengan para alumni UiTM Cawangan Pahang yang berjaya dan dapat berkongsi pengalaman serta nasihat dan amalan-amalan yang boleh dimanfaatkan bagi memastikan mahasiswa ini bersedia untuk menempuhi cabaran di dalam bidang pekerjaan.