Bengkel Well Defined Engineering Problems For Diploma In Civil Engineering (EC110)

Program ini diadakan secara hibrid iaitu secara bersemuka kepada pensyarah di Kampus Jengka dan menggunakan pelantar Cisco Webex kepada pensyarah PPKA dari Kampus Pasir Gudang, Pulau Pinang dan Sarawak. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 Mei 2022 (Rabu) dan 12 Mei 2022(Khamis), bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan melibatkan seramai 81 orang pensyarah. Program anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) Pahang ini diadakan khusus untuk semua pensyarah PPKA terutamanya Resource Person (RP) bagi setiap kursus kejuruteraan awam.Program yang dijalankan ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan pihak PPKA bagi memperbaharui akreditasi oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). YBrs Profesor Madya Ir Dr Hajah Che Maznah Mat Isa,Pensyarah Kolej Pengajian Kejuruteraan merupakan panel jemputan bagi program ini. Program ini juga telah dirasmikan oleh YBhg Profesor Ts Dr Mohd Ilham Adenan ,Rektor UiTM Cawangan Pahang di iringi oleh YBrs Ts Zulhafizal Othman , Ketua Pusat Pengajian selaku Ketua Pengurus Utama EC110.

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman pensyarah PPKA terhadap pelaksanaan Well Defined Engineering Problems & Activities bagi Diploma Kejuruteraan Awam.Perjalanan bengkel ini juga dilengkapi dengan sesi pembentangan kursus oleh Resource Person (RP).Agenda ini dapat memberi peluang kepada RP kursus untuk melakukan penambahbaikan berdasarkan komen dari panel jemputan.Pada hari kedua,program diteruskan dengan pemetaan kod subjek terhadap elemen Well Defined Engineering Problems & Activities.

Program ini dijayakan oleh JawatanKuasa yang telah dilantik antaranya Puan Normadiana Binti Mohammad Hanapi selaku Ketua Pengelola Bengkel Well Defined PPKA UCPh, Puan Ainamardia Binti Nazarudin selaku Setiausaha Bengkel Well Defined PPKA UCPh dan Encik Wan Zukri Bin Wan Abdullah selaku moderator. Pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki panel dalam bidang ini menjadi asbab lantikan beliau sebagai penceramah jemputan di dalam program ini. Berdasarkan maklum balas daripada peserta bengkel, rata rata menyatakan program ini dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka terhadap elemen Well Defined Engineering Problem & Activities dan program sebegini patut diadakan lagi pada masa akan datang bagi memastikan penambahbaikan yang berterusan.