KOTA KINABALU 16 Ogos – Pejabat Rektor dan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Pertandingan Glamour Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-65.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara Malaysia, meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan di kalangan warga, mendorong dan mencetus kreativiti warga serta menyemarak semangat kerjasama dan berpasukan. Pertandingan ini disertai dua puluh (20) PTJ di UiTM Cawangan Sabah. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu, Kategori Dekorasi Pejabat Tema Kemerdekaan, Pakaian Beragam Kebangsaan Tema Kemerdekaan, Pakaian Beragam Staf Wanita (Individu) dan Pakaian Beragam Staf Lelaki (Individu). Pertandingan ini dibuka kepada semua warga UiTM Cawangan Sabah yang bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2022. Penilaian pertandingan dilaksanakan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia UiTM Cawangan Sabah yang dipengerusiakan oleh Datuk Prof Madya Dr Hj Abdul Kadir Hj Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah.
Kemeriahan suasana dan semangat patriotik di kalangan warga UiTM Cawangan Sabah dirasai semasa penilaian di setiap PTJ dengan sambutan pembukaan, persembahan staf, pameran bahan dan sejarah kemerdekaan serta laungan kemerdekaan warga UiTM Cawangan Sabah. Datuk Rektor amat berbesar hati dengan semangat perpaduan serta patriotisme warga UiTM Cawangan Sabah dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan semua warga UiTM Cawangan Sabah yang bersemagat menghayati bulan kemerdekaan dan kemeriaahan suasana yang ditonjolkan oleh warga UiTM Cawangan Sabah selaras dengan tema kemerdekaan tahun ini Keluarga Malaysia Teguh Bersama.