Kuantan – Dua Pemanah UiTM telah dicalonkan sebagai Olahragawan dan Olahragawan Harapan Pahang di Anugerah Sukan Pahang 2019/2020. Majlis anugerah ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 telah tertangguh beberapa kali akibat daripada pandemik covid-19.
Muhammad Farhan Hakim bin A.Rhyme adalah bekas pelajar pelajar SR113 Diploma Sains Sukan di UiTM Cawangan Pahang, sewaktu itu, cemerlang dalam acara memanah recurve dan telah menyumbangkan pingat kemenangan kepada pasukan UiTM dan negeri Pahang beberapa kali di kejohanan-kejohanan Kebangsaan, terutamanya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 bertempat di negeri Perak. Beliau sekarang ini sedang mengikuti SR241 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) di UiTM Seremban 3.
Calon Olahragawan Harapan Pahang pula adalah juga bekas pelajar pelajar SR113 Diploma Sains Sukan di UiTM Cawangan Pahang dan sekarang sedang mengikuti SR241 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) di UiTM Shah Alam. Arif Aiman bin Azian aktif dan cemerlang dalam acara Memanah compound.
Mereka telah menerima piala iringan dan sijil yang telah disampaikan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang diiringi oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Mohd Johari Hussain.