Fokus utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari garis panduan tatacara penyediaan penilaian outcome sekaligus menjadikannya sebagai salah satu kaedah untuk mengukur prestasi dan pencapaian setiap program. Fokus utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari garis panduan tatacara penyediaan penilaian outcome sekaligus menjadikannya sebagai salah satu kaedah untuk mengukur prestasi dan pencapaian program.
Selaras dengan objektif bengkel iaitu mempelajari garis panduan tatacara penyediaan penilaian dan laporam PO diharap para pensyarah dapat menyediakan laporan lengkap dan tersusun setiap kali selepas peperiksaan akhir. Program ini berimpak dalam memberi pengetahuan dan mempelajari garis panduan dan tatacara penyediaan laporan PO (Program Outcome) dikalangan penyelaras program dan pensyarah.
Penceramah untuk bengkel ini adalah Dr. Fairuz Abd. Hakim, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perhotelan UiTMCPP. Menerima Doctor of Philosophy (Hospitality Marketing) dari RMIT University, Melbourne, Australia pada tahuan 2021. Juga mendapat Master of Commerce in Marketing, Tourism & Hospitality Management daripada The University of New South Wales Australia pada tahun 2005. Manakala Ijazah dan diploma dalam Pengurusan hotel dari UiTM. Beliau merupakan Auditor untuk iQMS dan Auditor untuk audit dalaman UiTMCPP. Beliau terlibat sebagai AJK UHEK UiTMCPP mulai tahun 2018.
Bengkel ini telah diadakan pada 3 Jun 2022 hari Jumaat, bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang melibatkan penyelaras program dan pensyarah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UiTMCPP kampus Bertam. Bengekel diadakan di Bilik Mesyuarat Utama UiTMCPP kampus Bertam. Ianya bermula dengan ucapan alu-aluan Ketua Penyelaras Program FSK iaitu Dr. Wan Ismahanisa Ismail. Bengkel sepenuhnaya dikendalikan oleh penceramah iaitu Dr. Fairuz Abd Hakim dengan bantuan AJK program.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap pengetahuan peserta dalam penyediaan laporan PO bagi setiap semester. Disamping tu pendedahan dalam penyediaan PO ini matlah diperlukan terutamanya bagi pensyarah baharu.