Perasmian Resident Studio UiTM Cawangan Sabah Dan Info Kampus Bersama Naib Canselor UiTM

KOTA KINABALU – YBhg. Profesor Datuk Ts Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah merasmikan Resident Studio (RS) UiTM Cawangan Sabah semasa Lawatan Kerja ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Kota Kinabalu diiringi YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Haji Abdul Kadir Haji Rosline selaku Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datin Dr. Rafidah @ Malissa Salleh, Timbalan Rektor BHEP serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Sabah.

Profesor Datuk Ts Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor UiTM telah meluangkan masa untuk bersiaran secara LIVE di FB Rasmi Resident Studio bagi mengalu-alukan kemasukan pelajar baru dan lama yang mula mendaftar ke dalam kampus pada 25 Mac 2022 semasa segmen Info Kampus yang dikendalikan oleh Ketua SRK, Encik Azry John.

Projek Inovasi Resident Studio (RS) merupakan initiatif pembudayaan digital kampus UiTM Cawangan Sabah ke arah Kelestarian Kampus. Ia adalah hasil cetusan dan garapan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam proses kerja Staf Residen Kolej yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti UiTM secara amnya. Projek Inovasi Resident Studio (RS) merupakan initiatif oleh Staf Residen Kolej (SRK) dengan kerjasama Unit Kolej Kediaman dan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah. Platform ini ditubuhkan bagi menyelesaikan cabaran komunikasi, penyampaian maklumat dan pembangunan pelajar.

Projek Inovasi Resident Studio (RS) ini menyediakan kemudahan siaran/streaming termasuk green screen kepada warga Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sabah yang ingin mengadakan program melibatkan siaran secara atas talian serta menyediakan segment mengikut hari dan masa yang telah dijadualkan. Antara segmen yang dikendalikan secara LIVE di FB adalah:

a. ‘Radio Online: Santai Malam bersama DJ Roy’
b. ‘Mari Mengaji’ bersama Ustaz Fazri
c. ‘Info Kampus’ bersama Azry John & tetamu jemputan
d. Soal Jawab Agama bersama Ustaz Asley/Ustazah Majidah
e. Aktiviti Pelajar dan SRK Staf Residen Kolej UiTM Cawangan Sabah
f. Segmen Selami Jiwa bersama Norayati Nordin & Tetamu Jemputan
g. Segmen Keusahawanan bersama Encik Surail Abd Kahar & Tetamu Jemputan
h. Sharing is Caring bersama Puan Nurul