Pandemik Covid-19 merupakan satu cabaran global yang telah mengubah gaya hidup dan kebiasaan masyarakat dan memberi kesan terhadap sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Pra Pengajian Tinggi (PPT) UiTM, Program Pra Diploma adalah program tanggungjawab sosial korporat UiTM yang diwujudkan bagi membangunkan anak bangsa dalam segmen calon-calon yang tidak dapat tempat di IPTA.
95% pelajarĀ ini adalah dari latar belakang keluarga B40 juga turut berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam mengadaptasi pembelajaran mengikut norma baharu ini. Program PPT UiTM prihatin ini antara misi utamanya membantu pelajar dari sudut intangible seperti bengkel motivasi dan kaunseling dan tangible antaranya program bantuan makanan(Food bank) dan wang saku, peranti dan sokongan alat pembelajaran pembelajaran seperti komputer riba, telefon bimbit, tambahan nilai kredit, kalkulator, cermin mata, buku dan no pin BSN. Yapeim antara penyumbang utama untuk program bantuan makanan termasuklah bantuan dari kakitangan UiTM, orang awam, badan-badan kerajaan dan swasta serta pengusaha restoran.
Program ini telah mendapat bantuan dan sokongan pertama dari Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM yang telah memperuntukan sebanyak RM 145, 500 untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran di peringat pra diploma ini. Susulan dari Program UiTM Prihatin tersebut sebanyak RM 63,950 telah berjaya dikumpulkan oleh pihak PPT sehingga ke hari ini. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam juga telah memperkenalkan satu inisiatif program 1 Alumni 1 Laptop kepada warganya. Sebanyak 36 komputer riba telah disumbangan oleh pelajar PPT B40 ini di kampus Pulau Pinang dan Sabah.
Memetik teks ucapan Dato Noraini di perasmian UiTM prihatin yang lalu, program UiTM prihatin ini merupakan satu platform penting selaras dengan hasrat kerajaan agar institusi pengajian tinggi lebih berperanan untuk mendekati masyarakat dalam memperkasakan pendidikan di negara ini. Usaha ini selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu mahasiswa daripada golongan B40 untuk menjadi insan yang berjaya dan cemerlang. Usaha ini telah dibuktikan oleh para pelajar dengan pencapaian akademik mereka yang mencatatkan keputusan yang baik iaitu 95% orang pelajar mendapat status Lulus Naik Taraf (LNT) disepanjang sesi pembelajaran ODL ini.
Pelajar-pelajar ini juga telah ditawarkan ke program penerapan diploma UiTM dalam pelbagai bidang. Sehingga ke hari ini terdapat 11 pelajar PPT yang menyambung pengajian di peringkat PhD. PPT juga kini telah menawarkan dua lagi program Pra Diploma iaitu Pra Diploma Agroteknologi dan Sains Aliran Stem C untuk pengambilan Oktober selain dari program,Pra Sains dan Pra Perdagangan. Pencapaian ini memberikan indikasi yang baik dalam memastikan setiap pelajar di bawah program PPT diberi peluang dan mampu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi