Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Datin Dr Suzana Sulaiman telah menerima lantikan dari Kementerian Kewangan sebagai Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia. Lantikan tersebut bermula dari 1 Ogos 2021 selama dua tahun.
Kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh kerajaan Malaysia merupakan pengiktirafan kepada Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) khasnya, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) secara amnya. Beliau juga merupakan Profesor di Fakulti Perakaunan, UiTM.
Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountants, MIA) adalah badan perakaunan nasional yang mengatur, membangun, menyokong, dan meningkatkan integriti, status, dan kepentingan bidang perakuanan di Malaysia.