Promosi Program PPT-SMK GEMAS

10Jun 2021 (Khamis)- Sesi taklimat ini telah diadakan bersama dengan para pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Gemas yang berminat untuk mengetahui berkenaan peluang- peluang pendidikan yang ditawarkan oleh pihak UiTM. Program ini telah diadakan secara atas talian menggunakan pelantar Google Meet, serta dihadiri oleh Pengetua SMK Gemas iaitu Tn. Mazlan Latif dan Pn. Nik Norazian selaku Kaunselor sekolah.