Pada 23 Februari dan 24 Februari 2021 telah berlangsung satu simposium iaitu E-Symposium on Gre Transformation of Agro Wastes yang telah diadakan oleh Monash Industry Palm Oil Research (MIPO), Monash University. Simposium ini merupakan kerjasama Monash Universiti bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Malaysia Institute of Chemistry. Ia merupakan simposium antarabangsa yang mengetengahkan idea dan juga produk-produk yang telah dan sedang di hasilkan dan di bangunkan oleh para akademia dan juga industri bagi memastikan pengurusan bahan buangan/ sisa buangan daripada hasil pertanian adalah di buat dengan baik dan juga di olah menjadi sesuatu produk yang bernilai dan berguna untuk dikomersialkan bagi kemudahan dan kegunaan pihak-pihak tertentu terutamanya dalam bidang pertanian dan agrototeknologi. Di samping itu juga, simposium ini membuka peluang kolabrasi di antara universiti, industri dan juga badan kerajaan.
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) Kampus Jasin telah menghantar empat kumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Dan Pengurusan Perladangan (Semester 5) dan dua orang pelajar Ijazah Sarjana. Objektif utama penyertaan pelajar dalam simposium ini adalah bagi menggalakkan para pelajar dalam kajian inovasi dan juga penyelidikan. Di samping itu juga, ia dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi. Tajuk-tajuk projek yang mereka bentangkan adalah daripada projek yang telah dihasilkan bagi tujuan projek kelas Post Harvest Handling and Processing (AGR626) yang telah di tambah baik dan bertepatan dengan objektif simposium ini.
Melalui simposium ini, telah membuktikan pelajar UiTM khususnya pelajar Fakulti Perladangan ini amat competent untuk kearah penganatarabangsaan dan pengkomersialan penghasilan hasil kerja mereka. Pelajar-pelajar ini juga dapat berkongsi idea mereka dengan mereka yang lebih berpengalaman dan di dalam masa yang sama mereka juga dapat bimbingan daripada para peserta lain dalam memastikan produk yang mereka hasilkan ini sesuai untuk di pasarkan.
Pihak Fakulti Perladangan dan Agroteknologi juga amat berbesar hati apabila salah seorang pensyarah kanan iaitu Dr Wan Zuraida bin Wan Mohd Zain telah dijemput sebagai invited speaker. Beliau telah di pilih berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang kajian sisa-sisa pertanian atau bahan buangan yang melibatkan tanaman-tanaman penting seperti pokok kayu balak, rumpai, buah-buahan dan sayur-sayuran. Diharapkan pada masa akan datang, pelajar di beri peluang dengan lebih banyak dalam simposium atau pertandingan inovasi yang dapat mencungkil lagi kebolehan dan potensi mereka bagi persediaan mereka untuk menghadapi cabaran dalam kerjaya apabila mereka telah bergraduasi.
Senarai pelajar- pelajar yang terlibat
1. Muhammad Aidil Mat Isa. “Sugarcane Waste as An Alternative Source of Nutrition for Ruminant Livestock” (Ahli Kumpulan: Mohamad Syazmir Aqif Azmi dan Muhammad Daniel Manshor)
2. Mohammad Rusdi Jabani. “Reflexology Path from Palm Kernel Shell” (Ahli Kumpulan: Affandi Mohamad dan Eizlan Huzzaini Ma’mun)
3. Muhammad Nur Afzal Bin Zainol, “KAL Durian Plywood” (Ahli Kumpulan: Klausner Lius Anak Apo dan Abu Zharif Aiman Bin Abu Shairi)
4. Nazatul Nazihah Binti Nor Azmee,. “Pineapple Leave Box” (Nor Afiqah Ismail dan Nurfarahani Kamisan)
5. Ms Nurul Hana Ismail. “Weed Extract as an Alternative to Control Sitophilus oryzae, rice stored product insect” (Ahli Kumpulan: Nina Asqalani Abdullah)