Misi Akademik PPT bersama NCER 2020

Pihak Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM telah diberi amanah oleh pihak Northern Corridor Economic Region (NCER) untuk menjalankan Program Akademik empowerNCER 2020 untuk pelajar tingkatan lima bagi sekolah-sekolah yang terpilih. Program empowerNCER Akademik bermatlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan melalui Pendidikan anak-anak ini mampu mengubah hidup mereka.

Salah satu pengisian projek adalah program pendedahan tentang hala tuju pelajar selepas SPM, dimana pasukan promosi Program Pra-Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Kedah bersama pasukan Misi Akademik memberi taklimat berkenaan program-program yang ditawarkan di UiTM khususnya Program PPT. Terdapat beberapa program yang telah dijalankan bersama pelajar, guru dan ibu bapa yang terlibat. Jadual program empowerNCER 2020 di Negeri Kedah adalah seperti di jadual yang diatas, namun atas arahan PKPB, pasukan promosi Program Pra-Pendidikan Tinggi UiTM Cawangan Kedah bersama pasukan Misi Akademik hanya dapat menyertai program dari Tarikh 30 Disember 2020 hingga 13 Januari 2021.