Pada 17 November 2020 yang lalu, Fakulti Pendidikan telah menampilkan penceramah pertama untuk sesi EDU Teach Webinar Series yang julung-julung kalinya dianjurkan. Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Pensyarah Kanan Program Pendidikan Seni dan Senireka, Fakulti Pendidikan, merangkap Ketua Pentaksiran dan Penilaian, Unit Hal Ehwal Kurikulum, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah dijemput untuk sesi perkongsian yang bertajuk ‘Microsoft Teams for Educators: Let’s Get Started!’.
Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini menyentuh pelbagai aspek praktikal dalam penggunaan Microsoft Teams. Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan membekalkan para peserta dengan pelbagai panduan dan dokumen berkaitan yang mampu membantu dalam meningkatkan kemahiran penggunaan platform ini. Tunjuk cara Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul turut melibatkan simulasi melalui penyertaan para peserta di dalam platform Microsoft Teams dan peserta merasai sendiri pengalaman seelok-belok penggunaan platform tersebut.
EDU Teach Webinar Series merupakan siri webinar ketiga yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor. Memfokuskan kepada pengembangan ilmu pedagogi dan peningkatan profesionalisme pensyarah, EDU Teach mengetengahkan topik-topik yang relevan dengan keperluan tenaga pengajar UiTM.
Fakulti Pendidikan mengucapkan setinggi-tingi terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, di atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan kepakaran dengan lebih daripada 300 peserta yang menghadiri sesi webinar berkenaan. Semoga perkongsian, tips dan tunjuk ajar bermanfaat dan meningkatkan profesionalisme serta kualiti pengajaran warga akademik UiTM.