Prosedur Operasi Standard (SOP) Hari Pendaftaran Pelajar Baru Di Kolej Kediaman

Berlangsung pada 26 September yang lalu, kesemua pelajar pra-diploma yang ditawarkan ke sesi kemasukan Oktober 2020 telah membuat pendaftaran di kolej kediaman.
Aktiviti pendaftaran pelajar telah diuruskan mengikut prosedur operasi standard yang disarankan.

1. Berikut adalah proses SOP yang diuruskan oleh pihak Kolej Kediaman Seroja:

   
2. Hanya seorang pelajar sahaja yang dibenarkan masuk. Langkah pertama adalah merekod suhu pelajar yang masuk. Pelajar yang bersuhu badan lebih 37.5 tidak dibenarkan masuk.


3. Seterusnya, pelajar perlu mengimbas kod QR cSaring UiTM & MySejahtera.


4. Selepas itu, pelajar akan menyemak nama di senarai pendaftaran.


5. Para pelajar akan diberikan pelekat bagi menandakan mereka telah mendaftar. Ini bagi
mengelakkan proses pendaftaran berulang.


6. Seterusnya, mereka akan ke kaunter pengambilan kunci bilik. Petugas kolej akan memberi
dokumen perjanjian kolej dan kunci bilik.