67 Pelajar UiTM Pahang Kampus Jengka Lulus EPT Oktober 2023

Pada 9 Oktober 2023 yang lalu, seramai 204 orang pelajar telah menduduki EPT untuk sesi Oktober 2023 – Februari 2024 di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Pada sesi ini, EPT dijalankan menggunakan platform uFuture dan dipantau di makmal-makmal komputer di sekitar kampus. Seramai 11 orang Pengawas Peperiksaan yang terdiri daripada para pensyarah APB UiTM Kampus Jengka telah terlibat untuk memantau perjalanan ujian di 4 buah makmal komputer sepanjang EPT berlangsung.

English Placement Test (EPT) adalah ujian yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB) kepada para pelajar baharu program Diploma UiTM di seluruh Malaysia. Pelajar yang berjaya mendapat markah 80 dan ke atas layak mendapat pengecualian kredit untuk kod kursus ELC121 dan LCC111, iaitu kod kursus Bahasa Inggeris yang wajib diambil oleh semua pelajar semester pertama program diploma.

Keputusan ujian EPT telah pun diumumkan pada 16 Oktober 2023 dan seramai 67 orang (32.8%) pelajar telah berjaya lulus EPT dengan jayanya. Justeru, ianya telah melayakkan mereka untuk mendapat pengecualian kredit bagi kod kursus ELC121 dan LCC11.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang telah lulus! Kepada pelajar yang tidak berjaya, syabas juga diucapkan kerana telah menunjukkan semangat mampu berdikari apabila melalui proses yang agak rumit untuk menempatkan diri mereka dalam pendaftaran EPT. Pada masa hadapan, diharapkan lebih ramai pelajar baharu Diploma akan menduduki EPT dan merebut satu-satunya peluang pengecualian kredit untuk kod kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan APB.