26 Orang Graduan Diploma Perakaunan (AC110) Sebagai Penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) di Istiadat Konvoksyen UiTM ke-95, UiTM Cawangan Sabah

14 Disember 2022 – Seramai 26 orang graduan Diploma Perakaunan (AC110) telah tamat dengan Anugerah Naib Canselor (ANC) dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95, UiTM Cawangan Sabah yang telah diadakan di Dewan Al-Bukhari. Jumlah keseluruhan graduan dalam sesi ini ialah seramai 82 orang. Istiadat yang berlangsung di Sidang Kedua telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato Sri Zarinah Anwar, Pro-Canselor UiTM dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Muhammad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM, serta barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Sabah. Rakaman gambar sekitar istiadat ini boleh diikuti di Facebook Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Sabah di https://bit.ly/3vgwoDs.

Tahniah diucapkan kepada kesemua 26 orang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dan graduan bagi sidang kali ini. Semoga kalian terus sukses dan cemerlang di masa-masa akan datang. Senarai penerima Anugerah Naib Canselor yang berkenaan adalah seperti berikut:
1. Anis Zulaikha Binti Arbaki
2. Annabelle Faustina Lawrence Bisuil
3. Awang Mohd Azniel Bin Asat
4. Awangku Iskandar Shah Bin Awang Sari
5. Charlotte Charles Tikon
6. Ellonna Jaitin @ Severinus
7. Florensia Cindy Cladius
8. Hernawati Binti Baba
9. Izzah Nazihah Binti Ganilin
10. Jennifer John Kim Ban
11. Mohammad Fairul Bin Abdul Rahman
12. Mohd Aiman Haiqal Bin Ibrahim
13. Nasfazila Binti Muhd Nasip
14. Nur Alia Farzana Binti Zamrus
15. Nur Fatihah Azhan Binti Borhan
16. Nur Hiddayah Binti Samsol
17. Nur Izzatul Aimie Binti Jonny
18. Nur Zahirah Binti Arshad
19. Nurain Safwanah Binti Sapilin
20. Nurul Diana Binti Ali Hassan
21. Qashrina Qahira Zaharuddin
22. Qatrunnada Halimatul Sa’adiah Binti
23. Soren Tananaad Eric
24. Vivian Pan Yee Yenn
25. Wibi Ali Hazarat Bin Salim
26. Zul Iqram Bin Kassim

Gambar-gambar penerima ANC ini diabadikan di https://bit.ly/3hRfJmX, https://bit.ly/3I222MI dan https://bit.ly/3WtBGYo .

Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Sabah merupakan di antara fakulti terawal yang dimulakan di Sabah di mana dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) yang bertapak di Sembulan, Kota Kinabalu. Semoga Fakulti Perakaunan akan terus maju dan cemerlang dalam melahirkan graduan Bumiputera yang lebih kompetitif – kini dan selamanya.