
KUANTAN, 16 MEI 2025 – Kontinjen UiTM Kampus Puncak Alam yang terdiri daripada pelajar dan staf kejururawatan telah menyertai 4th National Nursing Games 2025, satu program sukan dwitahunan yang menghimpunkan institusi kejururawatan dari seluruh
negara. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuantan, dan menyaksikan penyertaan hebat daripada universiti-universiti ternama seperti UM, UKM, USM, UNISZA, AIMST, UNIMAS dan UMS.
Dengan kekuatan 51 atlet, 34 penyokong dan diiringi oleh penasihat berwibawa, Ts. Dr. Sharifah Shafinaz binti Sh Abdullah dan Encik Amir Mohd Fadzil bin Ismail, kontinjen UiTM berjaya mencipta detik manis di pentas nasional! Pingat yang diraih iaitu 3 emas –
Bola Tampar Perempuan, Olahraga 1500m Lelaki dan 4x100m Perempuan, 2 Perak – Bola Tampar Lelaki, Futsal, Ping pong Beregu Perempuan, Badminton Beregu Perempuan, Olahraga 100m Lelaki, 4x100m Lelaki, 200m Perempuan dan 400m Perempuan dan 1 Gangsa – Ping pong beregu Lelaki. Dengan pencapaian ini, UiTM Puncak Alam dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan (1st Runner-Up)!.


Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan, malah merupakan simbol semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin tinggi dalam kalangan warga kejururawatan UiTM. Staf pengiring turut memberi sokongan penuh, malah menyertai beberapa acara,
membuktikan semangat kekitaan yang luar biasa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, penyokong dan staf pengiring yang telah mengharumkan nama UiTM di peringkat nasional. Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga kejururawatan untuk terus mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
