Program Bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (CEO@Faculty Programme) @UiTM Perak Kampus Tapah

TAPAH, 16 Jun 2023 – Siri jelajah Zon Utara Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (CEO@FACULTY PROGRAMME) kini telah tiba di Zon Utara. Destinasi terakhir bagi zon ini adalah UiTM Cawangan Perak (Kampus Tapah). Program ini telah disertai oleh para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Perak (Kampus Tapah).

Program ini terdahulu telah dirasmikan oleh Professor Dr. Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Industri, Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Alif Ismail (Eksekutif CSR Al-Ikhsan Sdn. Bhd.) bersama pasukan dari Al-Ikhsan Sdn. Bhd. Zon Utara.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman kejayaan Al-Ikhsan bertapak dalam bidang perniagaan barangan sukan di Malaysia. Selain itu, pihak Al-Ikhsan juga telah menunaikan tanggungjawab CSR mereka dengan memberikan sumbangan kepada 10 orang terpilih yang terdiri daripada kalangan komuniti sekitar UiTM, staf dan pelajar UiTM. Dalam program ini juga pihak Al-Ikhsan telah memberikan ceramah motivasi dan taklimat kerjaya bersama mereka.

Kolaborasi strategik ini secara tidak langsung diharapkan akan memberikan impak dan manfaat yang positif kepada para peserta untuk terus maju dalam kerjaya. Sudah pasti, ia merupakan persediaan terbaik dalam membentuk graduan UiTM yang bertaraf global.

Semoga lebih banyak program antara Al-Ikhsan dan UiTM akan dapat dilaksanakan selepas ini.

Terima kasih Al-Ikhsan!