Zumba Loca 1.0 galakkan pelajar beriadah di Kampus Puncak Alam

Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar UiTM Puncak Alam untuk beriadah dan bersukan di samping menjana pendapatan persatuan. Program ini juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental pelajar – pelajar UiTM.

Selain itu, program Zumba Loca dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar – pelajar dan menerapkan kaedah senaman yang betul yang boleh dipraktikkan dalam kalangan mahasiswa lantas melahirkan mahasiswa yang sihat dan aktif dalam sukan.

Program ini dijalankan di dalam UiTM Kampus Puncak Alam bertempat di Dewan Serbaguna Angsana. Peserta program ini terdiri daripada beberapa fakulti seperti Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, dan Fakulti Hotel dan Pelancongan.

Foto berkaitan:

0
0