Puncak Alam – PROGAM YOUNG ENTREPRENEUR: LET’S BE ONE telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA) 2020, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam dengan matlamat untuk memupuk minat mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan serta memberi motivasi kepada para pelajar agar tidak berputus asa sebelum dan semasa berniaga. Program ini telah berlangsung pada 10 Jun 2021 pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang di platform atas talian Cisco Webex Meeting.
Program ini telah disertai oleh 115 orang mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan dan seramai 18 orang ahli jawatankuasa telah terlibat untuk menjayakan program ini. Kehadiran penceramah jemputan, Encik Wan Abdullah Hassan Bin Wan Azmi Hassan yang merupakan seorang pengasas De Alami Shoppe dan Genius Booster telah melengkapkan majis ini.
Program ini bermula pada jam 2 petang dengan bacaan doa untuk memberkati majlis dan seterusnya ucapan daripada Pengarah Program Elijah Nathaniel. Sesi pengenalan daripada penceramah Encik Wan Abdullah Hassan Bin Wan Azmi bermula pada jam 2.15 petang dengan perkongsian tentang sebab beliau tercetus minat untuk memulakan perniagaan, berkongsi pengalaman, cabaran dalam perniagaan dan cara untuk mengatasinya yang boleh dijadikan panduan para mahasiswa. Kemudian, beliau menceritakan tentang kejayaan terbesar yang didapati sepanjang menceburi bidang perniagaan ini sebagai sumber inspirasi kepada para mahasiwa. Selain itu, beliau turut berkongsi kepentingan mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, serta memberikan tips dan persediaan yang perlu oleh seseorang pelajar jika ingin menjalankan perniagaan semasa di universiti.
Pada jam terakhir, aktiviti Poster cara Gerila Marketing telah dibuat bersama-sama peserta. Peserta yang mendapat bilangan ‘like’ terbanyak daripada gamba poster produk yang direka akan mendapat saguhati daripada penceramah sendiri. Di akhir program, beliau memberi panduan tentang cara mewujudkan jaringan ’networking’ dengan usahawan serta tips ‘online marketing’ dan ‘close sale’ di ‘whatsapp’. Sebelum sesi berakhir, penceramah menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh peserta. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan dengan ucapan Koordinator MASMED, Puan Hairenanorhikin.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif dan matlamat yang dirancang iaitu untuk melatih mahasiswa untuk beryakinan tinggi dan bijak mengambil peluang dalam bidang perniagaan serta memberi motivasi kepada para pelajar untuk tidak berputus asa sebelum dan semasa berniaga. Diharap, program berbentuk keusahawanan seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.