Writing Retreat Buku FKA 2019

Pusat Pengajian Struktur Bahan menganjurkan Writing Retreat Buku FKA 2019 sebagai salah satu aktiviti staf pada tahun 2019. Pelbagai aktiviti seperti penulisan buku, kertas kerja geran penyelidikan dan penulisan jurnal.

Aktiviti riadah ringan turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk merehatkan minda sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf.

Program ini telah dijalankan dengan begitu meriah sekali pada 2-4 Ogos 2019 yang bertempatkan di Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi, Pahang. Dekan juga mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan terutamanya kepada 50 pensyarah yang turut hadir dan melibatkan diri bagi menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti ini juga diadakan supaya dapat memupuk budaya penulisan buku di kalangan Staf Akademik, menghasilkan buku-buku ilmiah seperti buku teks/rujukan bagi kegunaan pelajar (P&P) dan buku hasil penyelidikan di kalangan pensyarah, meningkatkan pernibitan buku bagi menyumbangkan markah MyRA, mensasarkan peningkatan geran penyelidikan di kalngan pensyarah.

Program ini secara tidak langsung akan memberi manfaat dalam membantu meningkatkan skor MyRA dan kearah memenuhi KPI fakulti juga kearah penyenaraian dalam penarafan QS.

Justeru itu, sebanyak 19 buah buku sedang dihasilkan dan kira-kira 4 buah buku telah berjaya disiapkan untuk penerbitan. Buku tersebut akan mendapat pembiayaan oleh Fakulti.

Tarikh: 2-4 Ogos 2019

Penganjur: Pusat Pengajian Struktur & Material
Tempat: Colmar Tropicale, Berjaya Hil, Bukit Tinggi Pahang

0
0