World Planting Day 2019 di UiTM Kampus Samarahan

Pusat Pengajian Perladangan dan Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah mengadakan World Planting Day 2019. Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Prof. Dato Dr Jamil Bin Hj Hamali bersama-sama pensyarah dan pelajar telah menyertai penanaman pokok tersebut.

Program penanaman pokok secara serentak telah dilancarkan oleh YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di dalam Konvesyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019 pada tarikh yang sama di Putra Jaya.

Untuk makluman, World Planting Day di raikan di seluruh dunia bagi menyambut kedatangan musim bunga pada 21 Mac setiap tahun.

Bagi menyempurnakan gimik perasmian, Prof. Dato Dr Jamil Bin Hj Hamali secara simboliknya telah menyempurnakan proses menanam Pokok Tecoma atau nama saintifiknya Tabebuia rosea.

Selain itu, 3 jenis lagi pokok yang di tanam oleh pelajar seperti Africantuliptree, Pokok Cempaka Kuning, Pokok Batai dan Bunga Tanjung.

Pengarah Program World Planting Day 2019 UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan, Dr. Abdul Rahman Saili, berkata, program penanaman pokok landskap ini adalah sebagai satu usaha pemeliharaan spesis dan kepelbagaian bio di sekitar kampus.

Di samping itu, ia juga dapat memberi pendedahan dan galakan kepada semua akan kepentingan menjaga alam persekitaran dan mengekalkan kehijaun terutamanya dalam kalangan pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Sarawak.

0
0