PUNCAK ALAM – Webinar: The Differences Between Clinical and Retail Optometrist telah berlangsung selama satu hari iaitu pada 28 November 2020 yang diadakan di platform digital Microsoft Teams. Webinar ini bertujuan memberi gambaran kepada para pelajar tentang perbezaan antara skop bidang kerja optometri dari segi klinikal dan runcit (retail). Selain itu, webinar ini juga adalah satu cara untuk mendedahkan para pelajar Optometri tentang hala tuju karier pada masa hadapan. Webinar yang berlangsung pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari, ini turut dijayakan oleh barisan alumni OPTIMIST iaitu Puan Zuraini binti Kamaruddin, Encik Ahmad Soffian bin Zahari, dan Cik Nur Hidayah binti Yusuf. Antara topik yang dikongsikan oleh barisan panel jemputan ialah “Professionalism and Skills as Retail Optometrist”, “Adapting from Retail to Clinical Optometrist”, dan “Role as Clinical Optometrist”.
Poster Webinar: The Differences Between Clinical and Retail Optometrist yang berlangsung pada 28 November 2020 dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari menggunakan platform Microsoft Teams.
Sesi perkongsian Webinar: The Differences Between Clinical and Retail Optometrist dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Optometri, Puan Noor Halilah Binti Buari dan turut dihadiri oleh para tetamu jemputan yang terdiri daripada Penasihat Persatuan OPTIMIST, barisan alumni OPTIMIST, para pensyarah dan staf Jabatan Optometri serta para pelajar Optometri dari pelbagai universiti awam dan swasta termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara 140 pelajar Optometri daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 serta 22 pensyarah dan staf yang telah menghadiri Webinar ini. Peserta luar juga turut hadir bagi memeriahkan lagi Webinar ini.
Sesi perkongsian pertama bersama Puan Zuraini Binti Kamaruddin yang merupakan alumni OPTIMIST dari kohort pertama telah berkongsi pandangan beliau mengenai etika dan profesionalisme sebagai seorang optometris terutamanya dalam bidang runcit yang tentunya banyak tertumpu kepada kaedah komunikasi bersama pelanggan dan pesakit.
Slot pertama bersama Puan Zuraini Binti Kamaruddin yang merupakan Pengarah Urusan dan Konsultan Optometris MATASIGHT Optometry.
Puan Zuraini berkongsi slide yang telah disediakan serta memulakan Webinar dengan memperkenalkan peranan Optometris di retail.
Webinar diteruskan lagi dengan perkongsian kedua oleh Encik Ahmad Soffian Bin Zahari yang merupakan alumni OPTIMIST dari kohort kedua. Topik yang dikongsikan beliau berkisar tentang bagaimana beliau beradaptasi daripada persekitaran kerjaya yang berbeza serta kelebihan dan kekurangan yang beliau dapat bandingkan antara kedua-dua bidang tersebut.
Seterusnya, perkongsian yang terakhir disampaikan oleh Cik Nur Hidayah binti Yusuf yang juga merupakan alumni OPTIMIST dari kohort kedua. Beliau merupakan optometris di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama tujuh tahun dan masih berkhidmat sehingga kini. Beliau berkongsi pandangan mengenai kerjaya sebagai optometris dari segi klinikal dan soft skills yang diperlukan terutama dalam bidang klinikal yang banyak tertumpu kepada pesakit dari hospital dan klinik kerajaan.
Cik Hidayah, selaku penceramah berkongsi slide yang telah disediakannya, pengalaman semasa bekerja di Hospital Labuan serta skop bidang kerjaya optometri di Klinik Kesihatan serta hospital berpakar.
Di akhir perkongsian beliau, Cik Hidayah memberitahu tentang kemahiran insaniah (softskill) yang perlu ada dalam kerjaya sebagai seorang Optometris.
Kesimpulannya, pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan semoga semua pihak dapat mengimplikasikan manfaat daripada program ini.