Webinar Program Profesionalisme Kejuruteraan

Pada 31 Oktober 2022, Projek ESI (Sangkutan Industri) Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) yang dipengerusikan oleh Dr. Mohamad Yusof bin Mat Zain telah berjaya mengadakan Webinar Program Profesionalisme Kejuruteraan dengan kerjasama dari pihak Lembaga Jurutera Malaysia (LJM). Penceramah untuk program ini ialah Ir. Mohd Noramil bin Mohd Daril selaku Pengarah Eksekutif LJM. Program ini diadakan secara maya selama 2 jam bermula 10.00 pagi menerusi platform Google Meet dan juga dibawa secara langsung menerusi laman Youtube Studio UiTM Terengganu (https://youtu.be/QVpHxeSxVJ4).

Pada permulaannya, untuk program ini hanya disasarkan kepada staf-staf UiTMCT dengan anggaran kehadiran seramai 50 orang sahaja. Dengan hebahan meluas menerusi ruangan emel UiTM dan tayangan secara langsung di laman Youtube, pada akhirnya program ini berjaya mencatatkan kehadiran seramai 149 orang. Program ini bukan sahaja dihadiri oleh warga UiTM, malah terdapat juga peserta-peserta dari orang awam.

Program ini berjaya memberi pendedahan kepada para peserta mengenai sijil profesional dalam bidang kejuruteraan (Jurutera Profesional). Selain itu, pihak penceramah juga turut menerangkan prosedur terbaru dalam mendapatkan sijil profesional ini.